">

Khamis, 28 Februari 2013

Eh, betul ke??

Eh, betul ke?? macam tak logik..tapi......ramai jer share. erm..kalau dah ramai share tu mesti betul. kalau tak takkan dieorang share...

Inilah pemikiran masyarakat kita hari ini..pengaruh ranking sangat kuat dalam memberi penilaian terhadap sesuatu perkara..Tidak kira sama ada betul atau salah. Membawa kesan +ve atau -ve. Semuanya bergantung kepada pandangan majoriti...

Tidak semestinya suara majoriti itu betul. Kadang kala, kesilapan individu boleh menjadi sama dengan individu lain (kesilapan yang diulang). Sebagai seorang yang terpelajar, kita seharusnya bijak menangani dan menghadapi masalah seperti ini. Walaupun nampak seperti remeh-temeh tapi ianya boleh membawa kepada impak yang sangat besar.

Contoh 1 :

Risalah yang menceritakan kisah seorang perempuan yang mengandung anak tikus gara-gara memakai tuala wanita yang telah lama dan dikatakan mengandungi telur tikus..

Contoh 2 :
Risalah yang menceritakan seorang kanak-kanak meninggal dunia gara-gara memakan kangkung goreng yang terdapat lintah didalam batang sayur tersebut

kedua-dua contoh tersebut cik ha petik dari risalah yang di share di facebook. begitu kuat peranan facebook bukan? jika anda baca kembali isi kedua-dua contoh diatas dan anda fikirkan dimanakah rasionalnya punca yang dinyatakan? masih tidak jelas? ok, kita pergi satu per satu. Lihat contoh 1, tikus adalah jenis binatang mamalia iaitu sifatnya melahirkan anak, berdarah panas. Jadi disitu, telah wujud satu penyelewengan fakta yang sangat jelas. Kedua, untuk mendapatkan anak, manusia dan makhluk lain perlu melalui proses jimak. Jadi bagaimana teluk yang terdapat pada tuala wanita boleh masuk dan lekat di dinding rahim seorang wanita?. Adakah kulit telur tersebut suatu benda yang bernyawa yang mempunyai kaki? semuanya berbalik kepada asas matapelajaran sains yang kita belajar di sekolah dahulu.

Lihat pula risalah kedua, secara logiknya, apabila kita makan, kita akan kunyah. itu lumrah semulajadi manusia untuk makan. apabila kita kunyah kangkung goreng, maka jika ada lintah/ ulat dll, maka semuanya akan hancur bersama. Jadi bagaimana lintah tersebut boleh terlepas dari tekanan dan geselan gigi, malah hidup membiak pula di dalam perut?. Bukankah itu suatu yang tidak logik?

Risalah-risalah ini merupakan salah satu usaha individu/agensi dll yang mempunyai kepentingan tersendiri. Menurut Teori Konstruksi Sosial, risalah ini merupakan idea baru bagi membina 1 budaya baru. Usaha menyebarkan risalah yang tidak benar dan mempengaruhi orang untuk percaya. Menurut kajian, perkara yang salah, jika dibenarkan 10x akan menjadi benar. Samalah keadaannya dengan risalah diatas. Risalah yang salah kalau masyarakat terus share dan percaya, maka akan semakin ramailah orang yang akan membacanya dan juga percaya. Maka akan wujud 1 budaya baru..iaitu budaya masyarakat yang hanya tahu menerima bulat-bulat tanpa menyelidik terlebih dahulu. Apabila keadaan ini terus dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas kepentingan untuk mengkaji sama ada pemikiran dunia boleh dibentuk atau tidak !. yang bahayanya, apabila kajian ini dibuat untuk mencari alternatif untuk menyesatkan orang Islam. Apabila dilihat masyarakat sangat terdedah dan mudah dipengaruhi maka akan ada langkah-langkah seterusnya iaitu wujud serangan pemikiran secara halus oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, contohnya memalsukan sedikit demi sedikit buku, salinan-salinan asal berkaitan ilmu Islam..

Jadi apakah tanggungjawab anda? moga-moga entry kali ini memberikan sedikit sebanyak pencerahan buat pembaca di luar sana.


Selasa, 26 Februari 2013

4k itu Perjuanganku

Sahabat : Kau ni kenapa, dah nyanyuk ke?
Cik Ha  : xlah...aku banyak pikir masalah la..
Sahabat : xpayah pikir..
Cik Ha  : kalau boleh aku xnak pikir sahabat, aku nak dan aku lagi suka kalau xpikir..tapi masalahnya aku    
               kena pikir..

Tak mengapalah..mungkin engkau tidak paham situasi aku yang sebenar sahabat..dimatamu aku bijak merancang, merangka segalanya sehingga nampak serba serbi sempurna..siapa tahu disebalik aku yang kau kenal..wujud aku yang lagi satu..yang penuh dengan segala kekusutan, terlalu banyak tali yang tersimpul mati sehingga sampai ke tahap buntu untuk acap kali meleraikannya..itulah tahap sekarang..keadaan yang aku hadapi sekarang wahai sahabat..keadaan ini yang menyebabkan aku stop thinking about others..delete everything that's not about me, me and my family..i know everybody have limit..but i need to break the rules..be unlimited !

erm..bermonolog pula cik ha ni bila mengingatkn perbualan siang tadi..tapi apapun sahabat..sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari, kita tidak dapat menghindar realiti, dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri..

moga-moga cik ha sentiasa berpijak di bumi yang nyata..dan apa yang perlu cik ha pijak sekarang ialah 4K ! dimana nk dapat 4k tu?? erm..apa 4k tu? duit my dear..i need to find 4k untuk membantu mengurangkan beban. Duit tu untuk pembayaran pembedahan..kalau masih ingat entry sebelum nie tajuknya "apa kau buat kalau kau ada 1 juta?" mgkn pembaca tau untuk apa 4k ni..erm sebenarnya 4k nie xcukup..ada lagi baki yang diperlukan..tapi kalau cik ha dapat adakan 4k ni..hanya Allah sahaja yang tau..ini tanggungjawab  cik ha..sebagai anak..cik ha xnak kehilangan. cik ha xkuat lagi..sebab tu cik ha kena selalu kuat untuk berlawan dengan masa..berlawan dengan keadaan. Satu-satunya income  besar cik ha dah tergantung berikutan laptop cik ha yang rosak sem lepas..cik ha banyak habis duit kt laptop lama tu..tapi akhirnya cik ha gagal juga..muncullah laptop baru ni dalam hidup cik ha..pada mulanya cik ha nak korek simpanan sendiri hasil titik peluh niaga tu tapi last minit abah cik ha kluar duit. mgkn dimata pembaca ianya satu rahmat yang xterhingga sebab save duit dah disitu. tapi tidak pada cik ha..kedua-duanya ujian..kalau cik ha guna duit cik ha bebanan tu cik ha yang galas..tapi bila duit tu dr abah bebanan tu dah dipikul abah pula..boleh sakit orang tua cik ha..abah cik ha dah xkerja..umur dah 53..kerja apa jer yang larat. sebagai seorang anak, cik ha rasa memang abah berhak untuk rehat di rumah..menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang..untuk kepentingan diri..tapi orang sekeliling selalu push die dengan seribu satu masalah. mak pun begitu...Allah..andai aku mampu pilih untuk lahir lebih awal, cik ha dah minta dah..kadang cik ha pernah terpikir..adakah cik ha belajar tinggi-tinggi ni hanya sebagai beban pada mereka? kan bagus kalau kerja jer terus..at least cukup bulan ada income boleh tolong yang mana patut...tapi parent selalu cakap ilmu itulah harta yang kau ada untuk kau bawa ke mana-mana..jadi cik ha ambil jalan belajar sambil kerja. cik ha tau cik xmampu..tapi cik ha akan cuba sampai mampu..sampai2nya orang kampung pn dah tau..setiap kali cuti cik ha pasti kerja. tapi bila buat macam ni cik ha rasa masih juga membebankan parent. mana tidaknya, kalau shift balik malam macam pukul 10, 11 atau 12 abah yang terpaksa ambil. bebanan dari segi kos minyak dan penat. kalau dulu naik motor lagi teruk..berhujan, sampai demam2 nak amik cik ha..cik ha nak naik kawan abah xbagi..risau. sekarang dah ada lesen kereta cik ha masih xberani nak bawa kereta auto..maklumlah, masih lesen P. Kadang cik ha terpikir, entah bila hari yang cik ha xmenyusahkan parent..

berbalik semula pada masalah tadi..cik ha rasa cik ha sorang yang sibuk pikir tentang 4k ni..sebab masing-masing sibuk pikir masalah sendiri..xpelah, itu cik ha xkisah. yang penting cik ha perlu dapatkan 4k tu sebelum cuti sem..sebab benda tu nak buat time cuti sem nanti..Allah..bantulah hambamu ini Ya Allah..hanya Engkau yang Maha Mengetahui betapa luluhnya hatiku ini..bukakanlah aku pintu rezeki agar aku mampu membantu saat orang yang aku cintai memerlukan..membutuhkan aku Ya Allah..

Buat pembaca diluar sana yang membaca..dari hati yang sangat dalam..cik ha mohon..doakan cik ha berjaya mencapai misi 4k tu yea..terima kasih..


Isnin, 10 Disember 2012

Hariku dalam memori

Assalamualaikum semua..lama sangat Cik Ha xupdate status kan..bukan jer berhabuk, tapi boleh dikatakan bersarang anai-anai dah blog nie..huhu. Almaklumlah..Cik Ha busy yang teramat..semakin bertambah sem semakin sibuk mengejar asignment dan ilmu..nak2 time2 nak dekat dah dengan stdy week nie..itu belum kira lagi dengan business online. =P

Hari nie Cik Ha nak kongsi cerita hidup Cik Ha untuk hari nie punya..sudi-sudilah membaca yea..^_^

Erm hari nie sebenarnya antara hari2 stress dalam hidup Cik Ha..ialah hari nie pukul 8-10 mid-term kaunseling then pukul 11-12 pula presentation etnografi, then lagi sambung 12-1 presentation psikologi. Wah memang terbaiiiikkk ! Malam sebelumnya tu..serabut kot. Mana taknya, bila baca kaunseling teringat etno dan psiko. bila baca etno teringat kaunslg dan psiko. Bila baca psiko teringat etno dan kauseling. Memang hati tak tenang..

So dijadikan ceritanya, esok pagi ( hari nie) test xjadi. Hooorraaayyy ! bertapa bersyukurnya..rasa mcm nak buat sujud syukur time tu juga. hehe tapi xperlu gembira sangatlah sebab postpone ke hari esoknya jer(selasa).. tapi at least buat hati lebih selesa dari gangguan kebimbangan. Menurut teori sigmund freud,  kerisauan ialah gerak balas atau pengalaman emosi yang menyakitkan yang dialami oleh seseorang (Hasan Langulung, 1983). So ego saya tidak perlu memainkan peranan untuk mencari alternatif untuk mencari kepuasan id sebab unsur luar (pensyarah) telah membantu..hehe termasuk teori psikologi sekejap.

Ok kita berbalik kepada cerita Cik Ha tadi. Mujur Alhamdulillah Allah permudahkan kedua-dua pembentangan Cik Ha selepas itu. Lega rasanya..Petang tu kawan Cik Ha ajak keluar kononnya lepaskan tension sebab tekanan kerja harinie. Ok Cik Ha on sahaja..macam biasalah Cik Ha jadi tukang dreba..hoho dalam sejarah, minta kereta manual dapat kereta auto. Cik Ha memang xpandai bawa kereta auto sebab dulu belajar bawa kereta manual. Walaupun kat rumah ada kereta auto Cik Ha xpernah guna atau belajar sebab kekangan2 yang ade. So semuanya Cik Ha belajar di U. Oleh kerana xpernah belajar auto Cik Ha xpandaila..orang kata senang. Ya memang senang tetapi yang menjadi masalahnya bila kita xpernah langsung cuba bawa apatah lagi untuk mengaplikasikannya sistem2 yang ada terutamanya gear kereta tu jadi Cik H a memang xtau 100%. Tapi tadi kena buli dengan kawan Cik Ha dan penyewa suruh bawa dari blok asrama Cik Ha ke blok asrama kawan penyewa untuk menukarkan kereta tersebut. Apa lagi kalut habis Cik ha !

Kerana kawasan pun masih didalam U Cik Ha cuba beranikan diri untuk mencuba membawa kereta tersebut sebab nak menyelesaikan masalah dengan cepat. So Cik Ha pun kata pada kawan Cik Ha bahawa cik ha boleh kot cuba bawa..

dengan keyakinan yang entah ada atau tidak ini, Cik Ha pun start dan reverse kereta..ok satu permulaan yang baik..tapi sekali nak kedepan tak gerak-gerak pula..adeh malu bukan kepalang. Duk cuba gerakkan gear ke tahap lain then cuba sekali lagi dan akhirnya menjadi. Owh..begitu rupanya..hoho thanks sahabat bagi idea yang bernas..haha..kawan pun xtau bawa kereta. terbaikkan?

maka dengan ini Cik Ha mengisytiharkan Cik Ha berjaya akhirnya membawa kereta auto dalam kelajuan paling slow pernah buat..huhu..apa-apa pun gembira sebab this is my 1st experience with the "auto car" and "myvi car" huhu..

Kemudian kami menghantar 2 orang kawan ke klinik untuk buat check-up dan bershopping ckit. then kami pergi memborong durian ! Yeah, sudah lama geram dengan gerangan tuan hamba durian..huhu. Sekali borong nah lebih 10 biji ada..memang macam sardin kereta dengan barang2 dan orang-orang yang ada...kesian kat kawan2 yang duduk di belakang menjadi mangsa berkongsi dan berebut kerusi dengan barang-barang. 

sebelum balik kami singgah di sebuah pasar raya kecil sebab kawan nak beli telur ayam katanya..ok aip ! aip ! cif ! dreba menurut perintah. huhu sambil duk tunggu kawan beli tu duduk dalam kereta dengan mendengar lagu ntah xpasti Cik Ha lagu apa..tapi sangat masuk dengan mood pada petang tu..sebab lagu tu melambangkan kehidupan sebenar. dan kebetulan Cik Ha memang sedang memerhatikan gelagat masyarakat di sekeliling tempat parking dan luar pasar raya..ada pasangan tu pada mulanya Cik Ha ingat seorang ibu membawa anak yang lumpuh, rupa-rupanya setelah memerhatikan mereka dari awal sampai merea beredar menaiki kereta, rupa-rupanya mereka berdua adalah sepasang suami isteri..Melihat tingkah laku mereka dan kemunculan anak kecil mengekori mereka, Cik ha rasa sebak. Alangkah besar ujian yang Allah timpakan kepada si isteri itu tadi..terpaksa melayan kerenah anak dan dalam masa yang sama melangsaikan tanggungjawabnya terhadap suami yang berkerusi roda. Sungguh Allah timpakan ujian keatas dirinya kerana Allah Maha tahu bahawa dia mampu menggalas ujian tersebut. Tidak terlihat sedikit pun riak wajah penat mengusung si suami malah menghormatinya dengan meminta pandangan suami untuk membeli tudung untuk si anak. Allah....Cik Ha sendiri tertanya pada diri. Adakah Cik Ha mampu berada di tempat si isteri suatu hari nanti andai takdir menentukan...

Kemudian setelah pasangan itu beredar tumpuan Cik Ha beralih kepada sepasang suami isteri yang baru tiba dengan kereta proton saga hitam. Betul-betul parking kereta di hadapan kereta sewa kami. Si suami mengambil alih tugas isteri menggendong si anak..owh terdetik di hati..alangkah bahagianya mempunyai suami, anak yang nampak penuh dengan kasih sayang..Cik Ha sangkakan mereka pergi ke pasar raya yang terletak di sebelah kiri kami untuk membeli-belah, rupa-rupanya sangkaan Cik Ha meleset. Hidup tidak selalunya indah..rupa-rupanya mereka adalah tuan empunya kedai kecil yang berbumbungkan payung di seberang jalan. Mereka mungkin meninggalkan sebentar kedainya dan menyuruh kedai sebelah untuk menjaga. Mereka menjual makanan tetapi tidak pasti apa, yang pasti cuma ada dua meja makan disitu. Cik Ha berkira-kira di dalam hati mungkin juga itu pendapatan sampingan mereka berdasarkan kereta yang mereka punya. Kesimpulannya, walau macam mana hidup kita jangan mudah menyerah kalah dan berserah kepada takdir. Kalau orang lain boleh berusaha lebih hanya kerana untuk mencapai tahap keselesaan mengikut definisi mereka mengapa kita tidak? Termotivasi Cik Ha seketika.. Allah..sungguh masih jauh lagi perjalanan Cik Ha..

Sabtu, 22 September 2012

Secubit Rasa Jiwa..


"No matter how i try to show to be mature.. i will always be a kid in the eyes of people when they always judge me by my physical...
Please...judge me by my critical thinking, how i do my work, how i settle any problem which comes around...and etc not by MY PHYSICAL.. owh, feel so sad even i always said "haha awet muda" that's not what i means"


Bila Cik Ha terbaca status seorang adik, Cik Ha terpanggil utk membuat kenyataan diatas. Dalam hidup Cik Ha, banyak halangan berupa begini. Mungkin kalian tidak nampak secara mendalam. Jom ikuti kisah Cik Ha...

Orang yg berbadan dewasa selalu jealous atau mempertikaikan Cik Ha kalau Cik Ha buat statement "kita dah tuala..". Cik Ha pula selalu merungut knp org memandang Cik Ha budak2.. Satu yang berbeza disini, mereka yang berbadan dewasa mengharapkn andai dapat bertubuh mcm Cik Ha adalah satu nikmat. Tapi itu tanggapan yang silap. Mereka mengharap sesuatu yang xkan berlaku dan memandang cemburu terhadap orang mcm Cik Ha. Sedangkan Cik Ha mengharapkan orang2 di luar sana mengubah persepsi mereka. Itu perkara yang boleh diubah.  Ubah dari memandang kebolehah seseorang berdasarkan fizikal mereka.

Itu jika di luar, dari dalam keluarga Cik Ha sendiri. Parents Cik Ha menekankan anak-anaknya konsep berdikari. Berdiri diatas kaki sendiri. Jadi dengan kata2 yang selalu didengar itu meresap bukan sahaja ke otak, tetapi sampai ke nadi. Cik Ha pegang itu ! Dan bermulalah pengembaraan hidup Cik Ha sebagai hamba Allah yang ingin menunjukkan bahawa Cik Ha mampu berdikari...bermulanya lepas SPM, Cik Ha bekerja di salah sebuah syarikat swasta. Tujuan utama, nak tunjukkan Cik Ha mampu berdikari, cari duit sendiri dan tidak menyusahkan parent lagi. Beli barang-barang sendiri..kadang mampu bagi duit atau belanja barang dapur..Abah Cik Ha selalu suka menceritakan hal Cik Ha dengan adik-beradik Cik Ha yang lain & kadang adik sedara Cik Ha & kadang juga kawan2nya. Pada mulanya Cik Ha xsuka sikap abah tu sebab nampak menunjuk-nunjuk. Tapi disisi yang lain Cik Ha gembira kerana abah secara tidak langsung memberitahu orang lain tentang kemampuan Cik Ha, kematangan Cik Ha. Mak Cik Ha selalu pertikai tentang hal abah yang suka menjadikan Cik Ha ni contoh ikutan yang baik, sikit-sikit Cik Ha di depan anak-anak yang lain..walaupun semua tu berlaku dibelakang Cik Ha (semasa ketiadaan Cik Ha) Cik Ha xpernah rasa bangga dengan itu. Tapi Cik Ha rasa puas kerana sesungguhnya ada abah utk memberitahu orang lain tentang kemampuan Cik Ha. Jadi kenapa perlu cemburu. Cik Ha xnak jadi contoh kerana Cik Ha juga xsempurna. Tapi tolonglah jangan cemburu...tolong terima dengan pandangan yang +ve. Apa yang cuba abah sampaikan..

Tidak cukup itu..abang juga selalu cakap "orang pandai pelajaran belum tentu pandai dalam hidup". Ok Cik Ha buktikan sekali lagi...orang pandai itu terletak pada usahanya..kerajinannya..dan Cik Ha buktikan yang Cik Ha mampu hidup berdikari ditempat orang..belajar erti hidup. Sambil belajar Cik Ha berniaga..macam2 Cik Ha berniaga..Kek batik la..Nasi Ambeng la..dan yang terbaru Cik Ha buka online Boutique. Alhamdulillah agak maju juga perniagaan online nie..dan Cik Ha xrisau utk dimana nak cari duit. Waktu awal2 parents mcm pelik juga Cik Ha xbalik tapi bila tanya pasal duit Cik Ha kata ada sahaja..siap pernah kena marah sebab beli baju raya bnyk pasang dan siap belikan utk mak & ija. Cik Ha dah terangkan perniagaan Cik Ha..tapi mungkin parent Cik Ha xpercaya kerana xnampak depan mata. Jadi cuti sem yang lalu Cik Ha tunjuk dan buat urus niaga semuanya depan mereka barulah mereka percaya...So nampaklah mereka lega dan menggalakkkan Cik Ha utk terus bergiat aktif waktu cuti tu utk teruskan niaga..Alhamdulillah..rezeki ada dimana-mana..dapatlah Cik Ha belanja baju raya, belanja makan..tlg2 mana yang boleh didapur tu dan Cik Ha xlupa utk simpan ! itu mesti. Walaupun xbanyak tapi jika kita bersyukur dengan rezeki yang ada..kita xperlukan seisi dunia..

Dan kesannya...abang no.2 Cik Ha & Pakusu nampak apa yang cuba Cik Ha sampaikan..Mereka malah bertanya bagaimana cara2..Abang sulong Cik Ha pula masih nampak meragui kebolehan Cik Ha..Last haritu abang sulong Cik Ha bertanya tentang income yang Cik Ha dapat..Cik Ha cuma bagitau 70% jer..xnak nnt dia nampak Cik Ha nie mcm loaded..sebab niaga ada pasang surutnya..mcm air laut..........

Hari-hari dekat nak balik mak Cik Ha sekali lagi mengungkit hal yang sama...mak..abah bukan berat sebelah..bukan kerana abah lebih sayangkan Cik Ha dari anak-anak2 yang lain..abah sayang Cik Ha dengan abang2 sama jer..abah cuma nak abang2 belajar utk mengurus duit...duit seisi dunia pun kalau kita xreti membahagi2kannya dan xberasa cukup dengan apa adanya tetap xkan cukup dimata kita..erm 2konflik yang dapat dilihat disini..

1) konflik berdikari
2) konflik salah faham tentang kasih sayang

Jika diluar...Cik Ha selalu mendapat kekangan dari masyarakat..pakcik makcik Cik Ha juga xpercaya pada kemampuan Cik Ha..Selalu menyamakan fizikal Cik Ha dengan profession yang Cik Ha pilih..Kemampuan Cik Ha dalam hidup..tidak kira sama ada dalam pemikiran, sukan, angkat barang, berdikari, walhal dalam memilih profession. Apa yang Cik Ha nak jadi..apa yang Cik Ha pilih itu hak kebebasan Cik Ha..masyarakat tidak berhak menilai dan membuat keputusan utk Cik Ha..kemana sahaja Cik Ha pergi..pasti isu ini berbangkit..Cik Ha hanya boleh menerangkan tapi Cik Ha xboleh mengubah persepsi masyarakat..itu tingkah laku mereka..dan hanya mereka yang boleh mengubah diri mereka sendiri..cara pemikiran mereka..Walau bagaimanapun Cik Ha tidak akan berhenti utk cuba membetulkan kesalahfahaman mindset masyarakat selagi Cik Ha hidup...

dan pengajaran lain yang boleh dilihat disini..
1) hadapi tentangan / unsur -ve yang datang dengan pemikiran +ve - pasti hidup kamu lebih bermakna
    - Contoh : set kat minda "xpe..aku akan buktikan kalau kamu xpercaya"  (BAGUS)
    - Contoh : set kat minda "owh..fizikal aku nie xlayak utk cuba benda nie ke...erm yeala..orang berbadan ....     
                                         sahaja yang layak.." (TIDAK BAGUS)




Sabtu, 10 Mac 2012

Kau Tetap Diam Disitu

Wahai si kecil yang punya cinta
Inginku coretkan sedikit kisahmu di layar putih..

Kerna saat kau terluka, kau tetap diam membisu..
Mencari detik-detik waktu sepi,
membuang rasa pedih, sendiri,
sekalipun risiko yang kau ambil itu tinggi
Agar yang penting kau kembali suci, sesuci kain putih..

Wahai si kecil yang punya cinta
Saat kau diherdik dan disindir, kau tetap diam seribu bahasa
dan kemudiannya kau buang rasa kecewa dan marah dalam sujud dan doa
malah kau takut perasaan itu terus wujud
Memohon Illahi agar segera memadamkan rasa itu

Wahai si kecil yang punya cinta
Cepat benar kau memaafkan manusia,
sekalipun, rasanya acap kali kau ditoreh pisau, dibasuh cuka
Namun, kau tetap diam menunduk malu
kerana kau yakin kau yang lebih hina
kau yang lebih tak sempurna dan kurang segala-galanya
Jauh untuk kau memperjuangkan sedikit hak
sedangkan nafsu menghasutmu bertuba-tuba

Wahai si kecil yang punya cinta
Aku tahu kau sebenarnya sangat perasa
Tapi, semuanya kau pendam
Kau keraskan diri
Kau batukan diri
dan kemudian kau hakis rasa itu dengan berhusnudzon
Kerana itu kau masih tetap disitu

Wahai si kecil yang punya cinta
Terima kasih kerana kau tetap diam disitu
Segagah dan selemah mana sekalipun engkau
Kau tetap diam disitu

Khamis, 8 Mac 2012

Apa Kau Buat Kalau Kau Ada 1Juta ?

"Apa Kau Buat Kalau Kau Ada 1Juta ?"..

Itulah soalan yang pernah kawan Cik Ha tanya..

Kalau kebanyakan orang mungkin dengan lajunya akan berkata nak beli rumah, tak pun kereta mewah, tak pun bnda yang bersifat material. Percaya atau tidak itulah realitinya.. Perkara yang mula-mula akan timbul dalam minda manusia. Tapi Cik Ha tau, pasti ada orang diluar sana yang tak bersependapat dengan kenyataan Cik Ha ni. Kerana apa? Kerana mereka adalah golongan minoriti yang menyimpan hajat baik lagi ikhlas.

Ada yang ingin menyedekahkan kepada anak-anak yatim dan tidak kurang juga yang ingin membawa kedua ibu bapanya membuat haji atau umrah. Betul tak???  ^_^ Ya. Kalau adalah 1 Juta tu...

"Kalau" satu perkataan angan-angan yang membawa orang ramai bergantung harap kepadanya..Apabila dilihat dari sudut yang positif, perkataan "kalau" itu juga boleh membawa kepada wujudnya semangat. Ya, semangat. Kerana, daripada perkataan itu orang mula mencipta angan-angan/ imaginasi dan kemudiannya merealisasikannya menjadi kenyataan.

Berbalik kepada soalan kawan Cik Ha itu tadi.."Apa Kau Buat Kalau Kau Ada 1Juta ?"

Percaya atau tidak, Cik Ha tak jawab pun soalan kawan Cik Ha tu. Kerana apa? kerana Cik Ha sangat sebak dengan perkataan "kalau" dan "1juta" tersebut. Apa yang terlintas di kepala Cik Ha adalah mak Cik Ha. Kata-kata mak Cik Ha. Ntah mengapa semuanya ternyata segar diminda...

"Mata mak ni semakin lama semakin kabur. tak nampak. tinggal tunggu masa jer jadi buta. ntah bila lah boleh diubati. ntah-ntah sampai mak tutup mata."

Sebak rasanya bila seorang mak yang susah-susah lahirkan kita. Susah-susah kerja semuanya demi kepentingan anak-anak..tak sikit pun apa yang dibuat untuk kesenangannya, berkata begitu...Dan sebagai anak, apa yang mampu Cik Ha lakukan untuknya? Bukan lagi terkedu, luluh hati Cik Ha bila mak cakap depan Cik Ha macam tu..rasa nak menyembah bumi saat itu juga...Perbualan itu mati begitu sahaja.

Alangkah rasa bersalahnya Cik Ha sebagai anak tak mampu buat apa-apa...Kadang-kadang Cik Ha bermonolog sendiri saat mak tidur atau mak tengah buat kerja(curi-curi pandang dari kejauhan)

"Mak, sabar dan bertahan sikit lagi...tungguah kita habis belajar dan dapat kerja yang elok dan tetap. Nanti pasti kita usahakannya. Tapi mak jangan lupa doakan yea. Sabar lama sikit jer lagi yea mak. sikit jer lagi...please..."

Mengharap akan didengari monolog itu, dengan penuh yakin Cik Ha berkata dalam hati.

Kadang Cik Ha pernah juga terpikir. Andai usia Cik Ha tak lama @ lebih pendek. Cik Ha nak derma mata Cik Ha ke mak. (macam mana nak buat surat wasiat mcm tu?)

Tadi, waktu Cik Ha pergi kuliah Kelompok dan budaya minoriti..pensyarah Cik Ha ada bercerita tentang penyakit hati dan kesibukan manusia mencari penawar bagi penyakit fizikal berbanding penyakit hati. Teringat ayat Encik Wan Mohd. Nasir..

"Nanti tak ditanya mati sebab sakit jantung ke, kencing manis ke...nanti tak ditanya pun masuk neraka kerana sakit jantung. tapi yang dikata adalah sakit-sakit dengki, iri hati dll....."

Saat mendengar lect. cakap tentang sakit pun Cik Ha masih ingat kat mak..." mak...sabar yea..mungkin itu dugaan mak kat dunia..Moga kesusahan mak didunia galang ganti kesusahan disana nanti. Moga mak tak susah disana....amin ya rabbal alamin.


Selasa, 14 Februari 2012

Merisik??? erkk..


Hari nie mak Cik Ha ketawa tak sudah lepas balik dari hantar adik pergi ngaji. Ntah apa yang lucu sangat..Cik Ha pun pelik. Belum pun sempat Cik Ha tanya, mak Cik Ha dah beriya-iya nak cerita..So Cik Ha let her story what's all about. Rupa-rupanya waktu mak Cik Ha  pergi rumah nenek tempat adik bongsu ngaji, nenek tu ada tanya satu soalan yang mengejutkan mak.."Ada orang tanya, anak dara kau dah berpunya ke belum?" Terkejut juga Cik Ha bila mak cerita. Berderau kot ! Erk...siapa? mcm nie pun ada yang minat ker? 

Mujur mak pandai berdalih. huh selamat Cik Ha....Mak cuba korek-korek nak tau siapa yang bertanya. Then mak cakap "Budak tu belajar lagi..lagipun budak sekarang mana nak kalau orang tua yang aturkan, biarlah dia yang cari sendiri, nak bengot ke apa pilihan dia. Kita sebagai orang tua restu jer". Hehe baguskan mak Cik Ha. Sporting ! I like ! Love U Mum !!! heee. Tapi yang kelakarnya tengah lunch sama-sama pun mak ketawa lagi..masih bersisa gelaknya. haha. Cik Ha pun tumpang gelak sama. Tapi dalam nada yang berbeza. huh mana taknya. Dibuatnya mak berkenan habis Cik Ha kena kahwin...kahwin paksa? Wah TIDAKK !!!...Erm Cik Ha tak sedia lagi utk itu semua. Cik Ha nak belajar lagi..nak kerja dulu..nak tolong family dulu...Tak Nak !!!..Tanggungjawab banyak. Cik Ha tak mampu lagi..

P/S: Pengalaman dirisik yang mengelirukan =P