">

Selasa, 14 Februari 2012

Merisik??? erkk..


Hari nie mak Cik Ha ketawa tak sudah lepas balik dari hantar adik pergi ngaji. Ntah apa yang lucu sangat..Cik Ha pun pelik. Belum pun sempat Cik Ha tanya, mak Cik Ha dah beriya-iya nak cerita..So Cik Ha let her story what's all about. Rupa-rupanya waktu mak Cik Ha  pergi rumah nenek tempat adik bongsu ngaji, nenek tu ada tanya satu soalan yang mengejutkan mak.."Ada orang tanya, anak dara kau dah berpunya ke belum?" Terkejut juga Cik Ha bila mak cerita. Berderau kot ! Erk...siapa? mcm nie pun ada yang minat ker? 

Mujur mak pandai berdalih. huh selamat Cik Ha....Mak cuba korek-korek nak tau siapa yang bertanya. Then mak cakap "Budak tu belajar lagi..lagipun budak sekarang mana nak kalau orang tua yang aturkan, biarlah dia yang cari sendiri, nak bengot ke apa pilihan dia. Kita sebagai orang tua restu jer". Hehe baguskan mak Cik Ha. Sporting ! I like ! Love U Mum !!! heee. Tapi yang kelakarnya tengah lunch sama-sama pun mak ketawa lagi..masih bersisa gelaknya. haha. Cik Ha pun tumpang gelak sama. Tapi dalam nada yang berbeza. huh mana taknya. Dibuatnya mak berkenan habis Cik Ha kena kahwin...kahwin paksa? Wah TIDAKK !!!...Erm Cik Ha tak sedia lagi utk itu semua. Cik Ha nak belajar lagi..nak kerja dulu..nak tolong family dulu...Tak Nak !!!..Tanggungjawab banyak. Cik Ha tak mampu lagi..

P/S: Pengalaman dirisik yang mengelirukan =P


Result itu Satu Nikmat atau Satu Peringatan??

Malam itu Cik Ha pergi Bpmall pergi beli baju T-Shirt PBSM adik yang bongsu sekali beli Cardigan yang dah lama Cik Ha idam-idamkan..Almaklumlah..Cik Ha nie "kedekut" sikit dengan diri sendiri..^_^ Then otw balik ayah Cik Ha beli satay..kami pun tunggu barang seminit dua di kedai tu. Dalam perjalanan balik, kawan Cik Ha  msg bgtau result dah kluar skali tanye Cik Ha dapat brape. Wah, terujanya bukan kepalang ! Mana taknya..siang malam pagi petang Cik Ha menunggi dengan penuh sabar. Walaupun pada hakikatnya Cik Ha takut dengan result yang bakal keluar..

Cik Ha sem3 tak dapat target pape subject pn..terlalu banyak nak dikejar. Memang rasa nak nangis jer setiap kali baca nota waktu nak periksa. Cik Ha takde masa langsung untuk ulang kaji. Sampai-sampainya kak yana (my exroomate) pn  kata Cik Ha nie sibuk jer..xde masa nak jumpe or kluar sama-sama mcm dulu..Maaf yea kak yana..Cik Ha xpernah lupe kak yana, kak wana and Naz. Miss our moment.

Sampai sahaja di rumah, Cik Ha terus meluru ke depan laptop Cik Ha yang memang sudah ON sebelum Cik Ha keluar..Sepantasnya Cik Ha menekan keyboard nie cari portal U Cik Ha and masukkan password. Alangkah terkejutnya Cik Ha bila click "Keputusan Peperiksaan". Cik Ha terus menjerit mengatakan TIPU !!!.... tapi dalam hati kata ALHAMDULILLAH. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kerana Cik Ha dapat DL untuk sem 3 nie.. Cik Ha memang tak dapat target pape..sampai-sampainya Cik Ha belajar and cari ketenangan kat bawah pokok kerana terlalu stress sangat-sangat. Alhamdulillah Cik Ha dapat result yang pada Cik Ha sangat-sangat terbaik..Cik Ha nak nangis sebenarnya..Tapi Cik Ha ego..Malulah kalau nangis depan parent semata-mata dapat result. hehe... Erm tapi....satu perkara yang Cik Ha sangat-sangat risau sekarang nie..erm timbul perasaan yang bercampur-baur. Tak taulah mengapa. Ck Ha rasa takut sangat...

Banyak dosa Cik Ha buat, tapi Allah tetap beri Cik Ha nikmat dan kebahagiaan yang melimpah ruah. Cik Ha takut kalau-kalau Allah memberi dan memberi dan terus memberi sehingga Cik Ha lupa dan leka..Cik Ha pernah dengar orang kata Allah akan memberi sahaja sehingga satu saat Allah akan menimpakan bala yang sangat besar pada umatnya yang terus alpa. Pada saat itu, tiada lagi pintu taubat. Cik Ha takuutt...Cik Ha banyak dosa..tak tertanggung dosa Cik Ha..Erm Cik Ha juga takut Cik Ha akan berasa berada di zon selesa. Kalau rasa itu muncul Cik Ha akan jadi malas dan takde motivasi..Sebab itu Cik Ha mencari kawan-kawan yang result mereka lebih dari Cik Ha. Cik Ha nak jadikan target untuk sem seterusnya sekali menanamkan rasa rendah diri.."Ada orang lebih pandai dari aku..aku nie biasa jer..tak pandai mana pun..Aku kena usaha lebih lagi..Sedar sikit diri tu.." Itu ayat yang akan timbul bila dapat tau ada orang result lebih tinggi dari Cik Ha. Akhirnya, pencarian Cik Ha berjaya juga..Ada kawan yang lebih tinggi resultnya dari Cik Ha. Syukur Alhamdulillah..

Tapi bila mengingatkan kembali rasa takut itu Cik Ha risau lagi...risau hati ini akan rasa riak dan takbur dengan pemberian Allah itu..Cik Ha cuba doa supaya ditetapkan hati dan dijauhkan dari godaan syaitan. Cik Ha nak hati Cik Ha nie kalis pujian ! itu yang paling utama ! Berminggu-minggu Cik Ha pening memikirkannya..sampai sekarang still lagi berbekas, lekat dan terkesan dihati dan fikiran..


P/S: Cik Ha dalam pencarian..