">

Selasa, 19 April 2011

Think Positive ~ Lupa itu Suatu Anugerah

Suatu cerita...

Ahmad bukan seorang pelajar yang malas. Malah, boleh diketegorikan rajin. Cuma masalahnya dia payah betul untuk mengingat dan jangka masa ingat pula tak lama (mudah lupa). Akibatnya, dengan usahanya yang sebegitu rupa dia senantiasa mendapat keputusan "cukup-cukup makan". Dia pun akhirnya mendapatkan khidmat kaunselor, Cikgu Ana.

"Sebenarnya, ingat dan lupa itu, kedua-duanya adalah anugerah Tuhan."

"Boleh mengingat dengan baik itu saya pahamlah ia adalah rahmat Tuhan tetapi takkanlah lupa pun rahmatnya?"

"Betul. Cuba Ahmad bayangkan kalau semua pengalaman yang kita lalui kita ingat, tidakkah bercelaru kepala otak kita?. Silap-silap mahu gila."

"Habis macam mana hendak mengatasinya, cikgu?"

"Senang sahaja. Mengingat pun perlu ada saringan dan latihan. Saring, tapis yang penting-penting sahaja. Jangan ingat "little things" dan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Otak kita ini boleh diibaratkan sebagai reservoir atau tangki air. Kita simpan air bersih yang sudah dirawat. Barulah kapasitinya maksimum dan aliran turun melalui paip berjalan lancar. Bayangkan kalau air dengan sampah sarap sekali terus disedut dari sungai ke tangki. Apa akan jadi?"

Ahmad mengangguk faham dan mendengar dengan teliti.

"Juga jangan lupa Ahmad. "Great people remember big and important things. They don't bother to remember little, unimportant ones."

Khamis, 14 April 2011

Sakit Tidak Kudis Pun Tidak

Assalamualaikum
Busy betul cik ha dari minggu lepas..mana x nya. asgnmnt melambak.masa pule sudah suntuk. Terbaru buat video, tulis skrip, mengarah, berlakon, cari lokasi, cari orang..memang penat. memang banyak pengalaman dapat. Pengalaman jadi leader. Erm memang mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus Organizational Behavior. Alhamdulillah segalanya berjaya diselesaikan. Insya-Allah klu bleh dimasukkan dalam blog cik ha nie, cik ha akan masukkan...

Terlupe pula, cik ha nie nak bercerita...erm tajuknya..di atas tulah, mesti pelikkan. xsakit xluka pun jadi cerita..
Begini...cerita nie waktu zaman cik ha tingkatan 3...
Kalau dulu zaman sekolah, waktu rehat cik ha kalau x pergi library mesti lepak-lepak kat luar bilik darjah, susah nak menjejakkan kaki kat kantin tu..Almaklumlah, cik ha suka simpan wang saku. Jadi suatu hari nie..cik ha duduklah diluar bilik darjah dengan kawan cik ha, namanya Intan. Kawan cik ha nie jenis "Happy Go Lucky" punya orang. Disebabkan sifatnya yang begitu, ada sesetengahnya memang xske dengan perangai dia tu..kadang sampai ada yang mengumpat tentang perangai dia. Jadi yang cik ha nie sebagai kawan baik risaulah takut-takut dia terasa dengan "orang-orang tu". Cik ha pun tanya dia.." Kau nie aku tengok, happy..jer. Orang kutuk kau pun kau happy jugak. Kau betul-betul xkisah ke? ke kau terasa hati tapi kau pendam..".
 "terasa..." selamba sahaja dia jawab. " alar dulu kan, aku nie memang mudah terasa. nampak jer aku nie "Happy Go Lucky" tapi hanya Allah sahaja yang tahu bila masa aku nangis ..tapi bila aku pikir-pikir balik kan, buat penat jer aku membazir air mata aku nie untuk dieorang yang mengumpat-mengumpat aku. Iyelah, mulut orang, kita bukan boleh tutup pun...kita buat apa pun xguna, dah itu mulut dieorang. Kalau dieorang nak juga mengumpat, erm mengumpat juga..Lagipun kan...negara kita nie "bebas menyuarakan pendapat...". Apa yang aku pikir sekarang biarlah dieorang nak kutuk ke mengumpat ke..nanti dieorang penat berhentilah tu..Lagipun setiap kali dieorang mengumpat dieorang akan makan daging dieorang sendiri nanti di akhirat dan aku pula dapat pahala dari umpatan dieorang tu...tidak ke bagus begitu? haha. Apapun kalau betul sekalipun apa yang dikatakan buat apa sakit hati? sekurang-kurangnya aku boleh tahu apa keburukan aku then perbaiki dan kalau salah pun buat apa terasa sebab itu bukan aku yang buat..."

Bila terkenang semula kata-kata kawan cik ha tu ada betulnya juga...sakit tidak, kudis pun tidak. Kenapa perlu rasa sakit hati sedangkan mereka-mereka yang mengumpat or yang mengata kita itu sedikit pun tidak membawa kecelakaan pada kita. Hanya tinggal kata-kata..penat berhentilah mereka !

Sabtu, 9 April 2011

Jodoh Dari Tuhan

 "Abang nak dengar cerita tak?' ujar Zinnirah kepada saya.
Waktu itu saya tengah menghadap kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah. Sengaja saya meneruskan bacaan. Seperti tidak mendengar apa-apa.  "Abang, nak dengar tak cerita saya. Em..tak pelah." Dia mencebik muka.
Itulah yang saya tunggu. Saya tutup kitab fiqh dan saya letakkan di atas meja kecil. Saya melangkah mendekati  isteri yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan karpet. Saya duduk betul-betul di hadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan saya hulurkan kedua tangan, saya pegang pipinya. Saya dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian, tangan nakal saya mencubit lembut hidungnya.
 "Haha!" Saya pantas bangkit dan melarikan diri.
 "Abang !"
Zinnirah geram dengan perbuatan saya tadi. Dia bingkas bangun dan mengejar saya dibelakang. Suasana menjadi riuh dengan suara gelak tawa kami. Kami seakan kanak-kanak kecil bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami tadi. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, saya tidak betah untuk terus berlari. Sengaja saya beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuh saya, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali. Saya hampir tidak tahan.
"Sayang ! Abang cubit sekali jer tau." Saya cuba membela diri.
"Ah. Tak kira. Abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Zinnirah sehabis mungkin mengenakan saya. Habis tubuh saya dijamah cubitan kecilnya. Dia ketawa riang. Puas sungguh. Saya tidak bisa berbuat apa, membiarkan dia menang dalam gurauan. Saya perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Seperti keanak-anakan. Saya sungguh gembira. Lalu dengan pantas serangan terakhirnya. Saya pegang kedua-dua tangannya. Zinnirah terdiam kaku. Saya pandang tepat ke wajahnya. Kelihatan ada sebutir air jernih dihujung matanya. Saya seka air mata bahagia itu. Perlahan-lahan saya kucup umbun-umbunnya.
"Abang bi, sampai hati kenakan saya." Bulat matanya, terpancar dengan rona-rona keceriaan.
"Sekalisekala bergurau dengan Zinnirah, seronok juga kan." Seloroh saya. Saya kemudian mengajak Zinnirah duduk dikerusi berhampiran tingkap. Saya betulkan posisi duduk dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zinnirah menyandarkan kepalanya kebahu saya. Saya bebas membelai rambutnya dan memeluknya. Hati terasa sejuk dan tenang. Alangkah indahnya nikmat Tuhan. Bermesraan dengan wanita yang halal, ia adalah dikira ibadah. Inilah hikmah perkahwinan, Allah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala. Sambil memerhatikan keindahan langit, Zinnirah memulakan cerita.
"Pernah suatu ketika dahulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di Universiti. Saya kagum dengan seorang pemuda. Saya rasa dia adalah lelaki yang paling mulia di dunia. Dia pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah diatas segalanya. Sungguh saya kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaan menyantuni orangorang sekeliling membuatkan hati-hati menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang merasa senang bahkan mampu tersentuh. Persis akhlak Baginda Nabi SAW."
"Saya tidak menyangka saya jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh saya tidak pernah menyangka perasaan itu malah saya menyangkalnya. Namun saya tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Saya tewas dengan perasaan sendiri."
Wajah saya berubah. Saya benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia mampu mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat saya sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Yang sekarang ini menjadi pemaisuri dihati. Saya biarkan Zinnirah dengan bicara dan saya dengar dengan saksama.
"Namaun saya masih kuat mendidik nafsu saya sendiri. Saya tidak tertewas dengan bujukan syaitan yang berkali-kali mengajak saya menerobos ke ruang maksiat. Saya masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk saya menanggalkan pakaian mulia itu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah, say bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari saya. Saya tidak mahu menjebak ke jurang cinta seusia itu kerana saya telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan Al-Quran. Cinta sebelum nikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Saya padamkan rasa cinta saya pada pemuda itu, kerana saya berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak mampu disingkap oleh insan kecuali atas Kudrat-NYA."
"Saya berusaha mendekatkan diri kepada-NYA. Melazimi solat malam yang kian sebati dalam jiwa. Bulat-bulat saya berserah pada Allah perihal jodoh. Saya yakin akan bicara Allah dalam Kalam-NYA:

"(lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelki -lelaki yang jahat adalah umtuk perempuan-perempuan yang jahat; dan sebaliknya. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia" ~Surah An-Nur: 26)~

"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Doa saya tidak henti-henti moga saya dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah menghendaki." Tanpa saya sedari Zinnirah mencuri pandang saya. Dia seperti dapat menangkap perasaan dihati tatkala membaca raut wajah.
"Abang cemburu?"
"Alangkah bertuahnya pemuda itu. Mesti dia seorang pemuda yang hebat, masakan tidak,seorang wanita mulia, yang taat beragama seperti Zinnirah mampu tersentuh hatinya. Siapa pemuda itu sayang?"
"Abang bersungguh-sungguh nak tahu siapa pemuda itu?" ujarnya, membuatkan saya sedikit geram dalam penantian. Dia kemudian membalikkan tubuhnya menghadap saya. Dia pegang tangan saya dan dia cium penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.
"Abang nak tahu pemuda itu adalah orang yang ada dihadapan saya sekarang. Zaid ! Ya, pemuda yang sekarang ini halal menjadi suami saya. Dan saya serahkan hidup saya bulat-bulat kepadanya."
Hati saya gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Saya pandang wajahnya dalam-dalam sambil menikmati keindahan dan keelokan wajahnya. Hati saya tenang. Maha benar bicara abi SAW:

"sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatimu, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."~Hdia Riwayat Ibn Jabir~

"Sayangku. Wajahmu sangat indah seindah bidadari di Syurga." Lirih saya.
"Dan abang adalah pemuda terbaik yang pernah saya temui. Abang cinta pertama dan terakhir saya." Lirihnya. Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini menyatu...

"Dan diantara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki)isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan diantara kamu (suami isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."~Surah Ar-Rum: 21)