">

Selasa, 22 Mac 2011

Ketahuilah

TIPS MENGELAK PERSENGKETAAN


Penceramah: ‘Aa Gym
Diolah oleh: Kebahagiaan

1) Memahami bahawa tidak ada salahnya berbeza.

Tidak seharusnya berlakunya persengketaan apabila manusia itu berbeza. Hal ini kerana manusia memang diciptakan dalam keadaan tidak sama yakni berbeza.

“Wahai manusia Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu daripada perlbagai bangsa dan puak agar kamu saling berkenal-kenalan….” (Al-Hujurat 13)

Bukannya Allah tidak mampu menjadikan semua manusia ini serupa namun Allah itu Maha Bijaksana. Allah tau bahawa dunia ini pasti tidak menarik jika manusia semuanya sama. Bayangkan kalau semua orang di dunia ini mempunyai rupa yang sama dengan anda, sifat yang sama dengan anda. Sudah pasti kehidupan ini sungguh membosankan.

Manusia dijadikan berbeza agar boleh saling mengenal, saling berbincang, berbahas, bertiukar-tukar pandangan dan sebagainya. Kalau semua orang sama sahaja, tidak perlulah adanya mesyuarat, perlunya belajar,mengenali antara satu sama lain dan sebagainya. Lalu apa yang ingin kita lakukan di dunia ini?

Sedar ataupun tidak, kita ada di dunia inipun atas sebab perbezaan. Mungkinkah kita dilahirkan jika orang tua kita keduanya sama?

Tambahan pula perbezaan inilah yang menjadikan banyak perkara dalam dunia ini dianggap cantik, menarik, unik dan sebagainya. Cuba bayangkan andai muzik dimainkan dengan hanya satu nada. Saya kurang pasti ianya boleh dikategorikan sebagai muzik atau ianya hanyalah sebuah bunyi. Namun perbezaan pada bunyi itulah yang menghasilkan pelbagai lagu dan irama yang mengasyikkan.

2) Mengelakkan sikap suka menonjolkan diri

Sebuah bangunan terbentuk daripada pelbagai bahan, cuba bayangkan andai salah satu daripada baha tersebut ingin menonjolkan diri. Contohnya air tiba-tiba mengatakan bahawa kewujudannya tidak diketahui. Lalu ia keluar daripada gabungan tersebut. Apakah yang bakal berlaku? Sudah pasti bangunan itu akan runtuh.

Analoginya yang sama berlaku dalam sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Andai ahli dalam kumpulan itu saling berlumba-lumba untuk menonjolkan diri, maka akan berlakulah kejadian saling menjatuhkan antara satu sama lain. Mahu bersaing akulah yang paling baik, paling rajin, paling pandai, paling dermawan dan sebagainya. Sudahlah ianya menjadikan perbuatan tersebut tidak lagi mempunyai nilai keikhlasan, malah menimbulkan kebencian daripada orang sekeliling.

Kenapa harus menonjolkan diri? Adakah kita mahu dipuji? Layakkan kita dipuji? Sesungguhnya pujian itu hanya layak keatasNya kerana Dia telah menyembunyikan aib dan kelemahan kita. Bayangkan andai semua aib dan kelemahan kita dibuka, agak-agaknya adakah kita bakal menerima pujian? Atau kita hanya akan menerima cacian?

Sebuah kisah mengenai seorang pemuda yang baru sahaja membeli kasut baru yang paling bergaya pada zaman tersebut dan dia amat bangga dengan kasutnya. Lalu dia ditegur oleh sahabatnya, “Kenapa tidak memakai kasut di kaki?”. Lalu kehairananlah pemuda tersebut dan dia berkata, “Tidakkah kau nampak bahawa aku memakai selipar di kaki ku?”. Lalu sahabatnya menyoal, “Andai aku katakana bahawa aku ada kasut yang lebih cantik daripada milik kau. Hendakkah kau percaya”. “Mana mungkin ada kasut yang lebih cantik dan bergaya daripada kasut ku ini. Jika ada, tunjukkan kepada ku. Nescaya aku akan membeli kasut yang lebih baik daripada kasut itu” balas pemuda itu. Sahabatnya bertanya lagi “Apakah yang akan berlaku jika kasut mu hilang?”. “Sudah pastilah aku akan marah”. Jawab pemuda tersebut.

Sahabatnya tersenyum, lalu berkata. “Tepatlah apa yang aku katakan tadi bahawa kau tidak memakai kasut di kaki, tapi kau memakainya di hati’. Tercengan pemuda tersebut lalu ia berkata, “Mana mungkin kasut boleh dipakai di hati”. Sahabat tersebut menerangkan “Apabila kasut mu yang paling cantik dan bergaya, maka kau sudah tinggi hati. Apabila ada yang lebih baik, kau sudah iri hati. Dan apabila kasut mu hilang, kau bakal sakit hati. Maka benarlah bahawa engkau memakai kasut di hati”

 Oleh itu janganlah kita suka menonjolkan diri dan meminta untuk dipuji. Belajarlah menjadi seperti jantung. Kerjanya tidak berhenti walau sedetikpun. Namun ia tidak pernah menonjolkan diri.

3) Buangkan sikap meremehkan orang lain

Apakah ada satu kejadian atau benda di dunia ini yang tidak bermanfaat. Andai sekecil-kecil atom pun bermanfaat. Andai di dunia ini tiada paku, apakah mungkin tertegaknya pelbagai binaan dan benda?

Tidak layak seseorang manusi merendah-rendahkan manusia lain kerana kejadian kita semuanya bergantung antara satu sama lain. Apakah mungkin seorang pemimpin itu menjadi pemimpin jika tiada orang dipimpinnya? Apakah mungkin adanya guru jika tiada muridnya? Apakah mungkin adanya ibu jika tiada anaknya? Apakah mungkin adanya penulis jika tiada pembacanya?

Seharusnya kita mencontohi Rasulullah s.a.w yang sentiasa member perhatian penuh apabila bercakap dengan seseorang. Baginda tidak pernah hanya memalingkan kepala ketika bercakap. Baginda akan memusingkan seluruh badan baginda agar berhadapan dengan orang tersebut. Selain itu bagindalah orang yang paling cepat memberikan salam dan baginda tidak akan melepaskan tangan baginda ketika berjabat selagi pihak yang satu lagi tidak menarik tangannya. Hal ini menyebabkan setiap insane yang bertemu dengan Rasulullah pasti merasa satu penghormatan apabila bertemu dengan baginda.

Janganlah menyangka bahawa diri kita lebih baik daripada orang lain malah merendah-rendahkan pula orang lain. Sesungguhnya seburuk-buruk perkataan adalah perkataan yang mengangkat diri sendiri malah menjatuhkan orang lain.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolokkan) lebih baik daripada mereka(yang mengolok-olokkan), dan jangan pula perempuan-perempuan(memperolok-olokkan) perempuan lain, boleh jadi perempuan yang (diperolokkan) itu lebih baik daripada perempuan (yang mengolokkan), janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
( Al-Hujurat:11)

Ketahuilah orang yang sentiasa merasa lebih hebat dan merendah-rendahkan orang lain itu hanya ibarat manusia diatas menara. Merasakan semua manusia dibawahnya dan merasa hebat di atas. Sedangkan ia tidak mengetahui sesungguhnya dia hanyalah terlampau kecil pada pandangan mereka yang di bawah.

wAllahu a’lam

Ahad, 20 Mac 2011

Demi Masa

Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
Lalu teramat rugilah rasanya aku
Amalku sekelumit cuma
Sedang usia telah kuhabiskan sesuku abad

Ya Ilahi,
Apakah kan ku punya zuriat yang soleh?
Buat mendoakan rohku dan menghadiahkan Fatihah buatku nanti?
Sedang zaman ini jarang terdapat anak-anak yang pandai mengaji

Demi masa yang terus berlalu
Akan adakah yang mengajarku kalimah Syahadah waktu rohku akan berlalu?
Atau adakah aku akan mati kesepian, bersendirian

Ya Ilahi,
Akhir-akhir ini ku soal diriku
Pernahkah aku berpesan-pesan kepada kebenaran?
Dan pernahkah aku berpesan-pesan kepada kesabaran?
Malangnya tiada dapat ku jawab soalan itu
Kerana penilaian adalah ditangan-Mu !

Menangis Kerana Takutkan Allah

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu dari rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."


Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."


Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara api yang sangat mengerikan, semua umat menjadi berlutut karena kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."


Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mau kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t. 


Telah bersabda Rasulullah s.a.w. , " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."