">

Sabtu, 10 Mac 2012

Kau Tetap Diam Disitu

Wahai si kecil yang punya cinta
Inginku coretkan sedikit kisahmu di layar putih..

Kerna saat kau terluka, kau tetap diam membisu..
Mencari detik-detik waktu sepi,
membuang rasa pedih, sendiri,
sekalipun risiko yang kau ambil itu tinggi
Agar yang penting kau kembali suci, sesuci kain putih..

Wahai si kecil yang punya cinta
Saat kau diherdik dan disindir, kau tetap diam seribu bahasa
dan kemudiannya kau buang rasa kecewa dan marah dalam sujud dan doa
malah kau takut perasaan itu terus wujud
Memohon Illahi agar segera memadamkan rasa itu

Wahai si kecil yang punya cinta
Cepat benar kau memaafkan manusia,
sekalipun, rasanya acap kali kau ditoreh pisau, dibasuh cuka
Namun, kau tetap diam menunduk malu
kerana kau yakin kau yang lebih hina
kau yang lebih tak sempurna dan kurang segala-galanya
Jauh untuk kau memperjuangkan sedikit hak
sedangkan nafsu menghasutmu bertuba-tuba

Wahai si kecil yang punya cinta
Aku tahu kau sebenarnya sangat perasa
Tapi, semuanya kau pendam
Kau keraskan diri
Kau batukan diri
dan kemudian kau hakis rasa itu dengan berhusnudzon
Kerana itu kau masih tetap disitu

Wahai si kecil yang punya cinta
Terima kasih kerana kau tetap diam disitu
Segagah dan selemah mana sekalipun engkau
Kau tetap diam disitu

Khamis, 8 Mac 2012

Apa Kau Buat Kalau Kau Ada 1Juta ?

"Apa Kau Buat Kalau Kau Ada 1Juta ?"..

Itulah soalan yang pernah kawan Cik Ha tanya..

Kalau kebanyakan orang mungkin dengan lajunya akan berkata nak beli rumah, tak pun kereta mewah, tak pun bnda yang bersifat material. Percaya atau tidak itulah realitinya.. Perkara yang mula-mula akan timbul dalam minda manusia. Tapi Cik Ha tau, pasti ada orang diluar sana yang tak bersependapat dengan kenyataan Cik Ha ni. Kerana apa? Kerana mereka adalah golongan minoriti yang menyimpan hajat baik lagi ikhlas.

Ada yang ingin menyedekahkan kepada anak-anak yatim dan tidak kurang juga yang ingin membawa kedua ibu bapanya membuat haji atau umrah. Betul tak???  ^_^ Ya. Kalau adalah 1 Juta tu...

"Kalau" satu perkataan angan-angan yang membawa orang ramai bergantung harap kepadanya..Apabila dilihat dari sudut yang positif, perkataan "kalau" itu juga boleh membawa kepada wujudnya semangat. Ya, semangat. Kerana, daripada perkataan itu orang mula mencipta angan-angan/ imaginasi dan kemudiannya merealisasikannya menjadi kenyataan.

Berbalik kepada soalan kawan Cik Ha itu tadi.."Apa Kau Buat Kalau Kau Ada 1Juta ?"

Percaya atau tidak, Cik Ha tak jawab pun soalan kawan Cik Ha tu. Kerana apa? kerana Cik Ha sangat sebak dengan perkataan "kalau" dan "1juta" tersebut. Apa yang terlintas di kepala Cik Ha adalah mak Cik Ha. Kata-kata mak Cik Ha. Ntah mengapa semuanya ternyata segar diminda...

"Mata mak ni semakin lama semakin kabur. tak nampak. tinggal tunggu masa jer jadi buta. ntah bila lah boleh diubati. ntah-ntah sampai mak tutup mata."

Sebak rasanya bila seorang mak yang susah-susah lahirkan kita. Susah-susah kerja semuanya demi kepentingan anak-anak..tak sikit pun apa yang dibuat untuk kesenangannya, berkata begitu...Dan sebagai anak, apa yang mampu Cik Ha lakukan untuknya? Bukan lagi terkedu, luluh hati Cik Ha bila mak cakap depan Cik Ha macam tu..rasa nak menyembah bumi saat itu juga...Perbualan itu mati begitu sahaja.

Alangkah rasa bersalahnya Cik Ha sebagai anak tak mampu buat apa-apa...Kadang-kadang Cik Ha bermonolog sendiri saat mak tidur atau mak tengah buat kerja(curi-curi pandang dari kejauhan)

"Mak, sabar dan bertahan sikit lagi...tungguah kita habis belajar dan dapat kerja yang elok dan tetap. Nanti pasti kita usahakannya. Tapi mak jangan lupa doakan yea. Sabar lama sikit jer lagi yea mak. sikit jer lagi...please..."

Mengharap akan didengari monolog itu, dengan penuh yakin Cik Ha berkata dalam hati.

Kadang Cik Ha pernah juga terpikir. Andai usia Cik Ha tak lama @ lebih pendek. Cik Ha nak derma mata Cik Ha ke mak. (macam mana nak buat surat wasiat mcm tu?)

Tadi, waktu Cik Ha pergi kuliah Kelompok dan budaya minoriti..pensyarah Cik Ha ada bercerita tentang penyakit hati dan kesibukan manusia mencari penawar bagi penyakit fizikal berbanding penyakit hati. Teringat ayat Encik Wan Mohd. Nasir..

"Nanti tak ditanya mati sebab sakit jantung ke, kencing manis ke...nanti tak ditanya pun masuk neraka kerana sakit jantung. tapi yang dikata adalah sakit-sakit dengki, iri hati dll....."

Saat mendengar lect. cakap tentang sakit pun Cik Ha masih ingat kat mak..." mak...sabar yea..mungkin itu dugaan mak kat dunia..Moga kesusahan mak didunia galang ganti kesusahan disana nanti. Moga mak tak susah disana....amin ya rabbal alamin.