">

Khamis, 28 Februari 2013

Eh, betul ke??

Eh, betul ke?? macam tak logik..tapi......ramai jer share. erm..kalau dah ramai share tu mesti betul. kalau tak takkan dieorang share...

Inilah pemikiran masyarakat kita hari ini..pengaruh ranking sangat kuat dalam memberi penilaian terhadap sesuatu perkara..Tidak kira sama ada betul atau salah. Membawa kesan +ve atau -ve. Semuanya bergantung kepada pandangan majoriti...

Tidak semestinya suara majoriti itu betul. Kadang kala, kesilapan individu boleh menjadi sama dengan individu lain (kesilapan yang diulang). Sebagai seorang yang terpelajar, kita seharusnya bijak menangani dan menghadapi masalah seperti ini. Walaupun nampak seperti remeh-temeh tapi ianya boleh membawa kepada impak yang sangat besar.

Contoh 1 :

Risalah yang menceritakan kisah seorang perempuan yang mengandung anak tikus gara-gara memakai tuala wanita yang telah lama dan dikatakan mengandungi telur tikus..

Contoh 2 :
Risalah yang menceritakan seorang kanak-kanak meninggal dunia gara-gara memakan kangkung goreng yang terdapat lintah didalam batang sayur tersebut

kedua-dua contoh tersebut cik ha petik dari risalah yang di share di facebook. begitu kuat peranan facebook bukan? jika anda baca kembali isi kedua-dua contoh diatas dan anda fikirkan dimanakah rasionalnya punca yang dinyatakan? masih tidak jelas? ok, kita pergi satu per satu. Lihat contoh 1, tikus adalah jenis binatang mamalia iaitu sifatnya melahirkan anak, berdarah panas. Jadi disitu, telah wujud satu penyelewengan fakta yang sangat jelas. Kedua, untuk mendapatkan anak, manusia dan makhluk lain perlu melalui proses jimak. Jadi bagaimana teluk yang terdapat pada tuala wanita boleh masuk dan lekat di dinding rahim seorang wanita?. Adakah kulit telur tersebut suatu benda yang bernyawa yang mempunyai kaki? semuanya berbalik kepada asas matapelajaran sains yang kita belajar di sekolah dahulu.

Lihat pula risalah kedua, secara logiknya, apabila kita makan, kita akan kunyah. itu lumrah semulajadi manusia untuk makan. apabila kita kunyah kangkung goreng, maka jika ada lintah/ ulat dll, maka semuanya akan hancur bersama. Jadi bagaimana lintah tersebut boleh terlepas dari tekanan dan geselan gigi, malah hidup membiak pula di dalam perut?. Bukankah itu suatu yang tidak logik?

Risalah-risalah ini merupakan salah satu usaha individu/agensi dll yang mempunyai kepentingan tersendiri. Menurut Teori Konstruksi Sosial, risalah ini merupakan idea baru bagi membina 1 budaya baru. Usaha menyebarkan risalah yang tidak benar dan mempengaruhi orang untuk percaya. Menurut kajian, perkara yang salah, jika dibenarkan 10x akan menjadi benar. Samalah keadaannya dengan risalah diatas. Risalah yang salah kalau masyarakat terus share dan percaya, maka akan semakin ramailah orang yang akan membacanya dan juga percaya. Maka akan wujud 1 budaya baru..iaitu budaya masyarakat yang hanya tahu menerima bulat-bulat tanpa menyelidik terlebih dahulu. Apabila keadaan ini terus dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas kepentingan untuk mengkaji sama ada pemikiran dunia boleh dibentuk atau tidak !. yang bahayanya, apabila kajian ini dibuat untuk mencari alternatif untuk menyesatkan orang Islam. Apabila dilihat masyarakat sangat terdedah dan mudah dipengaruhi maka akan ada langkah-langkah seterusnya iaitu wujud serangan pemikiran secara halus oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, contohnya memalsukan sedikit demi sedikit buku, salinan-salinan asal berkaitan ilmu Islam..

Jadi apakah tanggungjawab anda? moga-moga entry kali ini memberikan sedikit sebanyak pencerahan buat pembaca di luar sana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan